4 Cara Menghilangkan Jerawat dengan Pantas! | Shaves2U

Cara Menghilangkan Jerawat dengan Pantas dan Berkesan

Masalah jerawat merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan golongan remaja dan dewasa. Ketahui lebih lanjut mengenai punca masalah ini dan cara-cara menghilangkan jerawat dengan cepat, tanpa rasa sakit dan mudah diamalkan. Masalah ini terjadi bila kulit semakin berminyak akibat hormon! Minyak ini pada asalnya melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan. Namun apabila pori-pori tersumbat, saat itulah bakteria akan membiak dan menyebabkan jerawat.

Jangan risau, ada pelbagai cara menghilangkan jerawat yang boleh anda amalkan. Kami terangkan pada anda empat langkah mudah yang boleh diambil untuk membasmi jerawat!


1. Mantapkan rutin penjagaan harian?

Cara menghilangkan jerawat yang berkesan adalah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang sesuai untuk anda. Pencuci muka haruslah digunakan pada rutin pagi dan sebelum tidur anda untuk membuang minyak di muka. Walaupun kulit anda jenis berminyak, pelembap muka masih penting. Cari pelembap yang sesuai dengan muka anda agar jerawat dan masalah muka lain dapat dielakkan.

Selain itu, alatan penjagaan harian anda haruslah bersih bagi mengekalkan kualiti kulit. Contohnya, bagi lelaki, pencukur yang tumpul dan lama menolak sel kulit mati ke dalam pori dan memberi laluan kepada jerawat! Pisau pencukur yang tajam dan boleh ditukar bilahnya, seperti Shaves2U, adalah pencukur yang ideal bagi penjagaan kulit. Bagi wanita pula, berus mekap hendaklah dicuci setiap minggu agar bakteria dan lebihan kosmetik menyumbat liang pori anda.


2. Gunakan produk khas untuk jerawat

Jika anda masih mengalami jerawat, mungkin anda perlu cuba produk baru. Asid salisilik (salicylic acid) dan benzoyl peroksida adalah bahan aktif yang disyorkan oleh pakar dermatologi untuk merawat jerawat. Produk yang direka khas dengan bahan-bahan ini boleh diterapkan dalam rutin penjagaan kulit anda.

Sesetengah bahan semulajadi juga boleh membantu menghilangkan jerawat dengan berkesan. Banyak petua yang boleh anda ikut, tapi kami syorkan minyak gelam wangi atau tea tree oil sebagai salah satu ubat jerawat yang terbaik!


3. Jaga pemakanan anda

Makan dan minum anda memberi kesan jelas kepada keadaan kulit anda. Sesetengah makanan mampu membuatkan kulit menjadi lebih berminyak dan berjerawat. Elakkan makanan kurang berkhasiat, terutamanya makanan segera dan bergula tinggi. Produk tenusu seperti keju dan aiskrim juga boleh membuatkan jerawat naik di muka dan wajar dikawal.

Petua paling penting dalam pemakanan dan mengawal jerawat adalah dengan minum air secukupnya—ia dapat membantu menmengeluarkan bahan toksin dan bakteria dalam badan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Mengurangkan air berkarbonat dan kopi juga mampu meningkatkan kualiti kulit anda kerana minuman-minuman ini tinggi dalam kandungan gula dan kafein. Jelaslah, menjaga pemakanan juga merupakan cara menghilangkan jerawat yang efektif!


4. Mula bersenam

Percaya atau tidak, bersenam adalah salah satu cara menghilangkan jerawat. Apabila anda bersenam, badan anda mengalirkan oksigen dengan lebih berkesan ke seluruh badan, menggalakkan pembaharuan sel kulit. Proses ini mencegah sel kulit mati terkumpul dalam liang kulit. Penggunaan pencuci muka dan produk penjagaan kulit anda akan menjadi lebih efektif.

Apabila anda mula berpeluh, toksin dan bahan buangan badan yang menyebabkan jerawat akan dikeluarkan dari kulit. Ini mengurangkan risiko jerawat untuk tumbuh, dengan syarat anda mandi serta membersihkan muka dan badan selepas aktiviti rekreasi tersebut.


Kini jelas bahawa cara menghilangkan jerawat yang paling berkesan adalah dengan mengubah tabiat pemakanan, gaya hidup dan rutin penjagaan harian. Perkara ini mungkin rasa berat, tapi ia mudah sahaja dan sangat berbaloi apabila anda fikir tentang kulit yang licin dan bersih buat jangka masa yang panjang.